Total Pageviews

Sunday, January 2, 2011

Tuesday, November 2, 2010

warisan merdeka

Warisan Merdeka: Penjelasan PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan projek pembangunan Warisan Merdeka yang turut merangkumi pembinaan menara 100 tingkat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011, Jumaat lalu, adalah projek yang menguntungkan dan bukannya satu pembaziran.
Perdana Menteri berkata, rasional projek Warisan Merdeka itu adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negara melalui pengagihan kerjakerja kontrak.
Menurutnya, kawasan pemba ngunan itu juga akan menjadi pusat perniagaan menempatkan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera di bawah satu bumbung yang boleh dijadikan tarikan negara.
“Zaman Tun Dr. Mahathir (Mo hamad) buat jambatan Pulau Pi nang dulu, mereka (pembangkang) serang juga tetapi sekarang orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua, apabila Tun Mahathir buat Menara Berkembar Petronas, dia juga telah dipertikaikan.
“Bila kita buat menara 100 tingkat ini, rasionalnya sama, kita nak satu bangunan yang menjadi lambang negara yang bukan sahaja moden tetapi maju,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, di sini hari ini.
Projek Warisan Merdeka yang akan dibangunkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan kos RM5 bilion itu dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijadualkan siap pada 2015.
Sejurus projek berkenaan di umumkan Perdana Menteri, parti pembangkang sebagaimana biasa melancarkan serangan kononnya ia adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau tidak pernah mengarahkan PNB melakukan projek tersebut dan menjelaskan cadangan serta rancangan itu dikemukakan sendiri oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.
“Saya tidak mengarahkan PNB, mereka mencadangkan bahawa ini adalah sesuatu yang diingini pengurusan dan lembaga pengarah PNB,” tegasnya.
Sementara itu, Najib sewaktu menjawab dakwaan kononnya projek Warisan Merdeka dan pe ngumuman tiada kenaikan tol se lama lima tahun di empat buah lebuh raya milik PLUS yang ter kandung dalam Bajet 2011 sebagai tiada kaitan dengan belanjawan negara, berkata:
“Sesiapa yang bentang bajet bo leh terangkan segala perkara yang menyentuh kepentingan rakyat, ucapan belanjawan itu merang kumi segala-galanya,”.

Thursday, June 17, 2010

model ekonomi baru

Era baru 1Malaysia bermula
January 29, 2010, Friday
Tagged with:
Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan
KUALA LUMPUR: Negara akan membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP).

LEMBARAN BARU: Najib memasukkan plak 1Malaysia sebagai simbolik pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (dua, kiri) dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat (kiri). — Gambar Bernama
Ini akan mendorong kepada bentuk ekonomi moden yang pesat, masyarakat yang bersatu padu dan kerajaan berwibawa bagi menangani isu-isu seperti penghijrahan keluar tenaga pakar, modal dan penyertaan positif daripada semua kaum, menurut Pelan Hala Tuju GTP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
“Misi perpaduan kita bukan sekadar demi keharmonian dan hubungan baik semata-mata sebaliknya apa yang penting ialah pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta pencapaian Wawasan 2020.
“Meskipun perjalanan kita menuju Wawasan 2020 mungkin sukar, kita yakin faedahnya lebih besar memandangkan kepelbagaian budaya yang terhasil dan kelebihan persaingan yang lebih banyak yang diwujudkan oleh pendekatan ini,” katanya dalam laporan pelan itu.
Pelan itu menekankan pentingnya menggalakkan integrasi menerusi inklusif dalam mengurus polariti antara asimilasi dan pemisahan dalam masyarat pelbagai etnik di Malaysia.
“Sebagai negara, banyak isu yang dihadapi dan dikenal pasti oleh rakyat sebagai penting adalah polariti seperti antara kaya dan miskin, muda dan tua dan merentas agama, bangsa dan wilayah,” katanya.
Penyampaian enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP akan mengurangkan ketidaksamaan dan mengurangkan perasaan tidak puas hati yang kadangkala dicetuskan dalam terma perkauman, katanya.
Enam NKRA adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pendidikan, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.
Pelan itu menyebut pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) telah mendorong kepada ‘beberapa hasil yang tidak diingini’, antaranya rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram yang dirasai oleh bukan Bumiputera, yang disebabkan oleh sikap sesetengah pegawai di agensi-agensi tertentu.
Terdapat juga jurang pendapatan di kalangan masyarakat Bumiputera, menyebabkan rasa tidak puas hati semakin meningkat di kalangan segmen tertentu dalam masyarakat.
Faktor-faktor ini telah mendorong banyak rakyat Malaysia, terutamanya golongan profesional untuk bekerja dan tinggal di luar negeri serta penghijrahan bakat semakin bertambah serius.
Ditambah dengan penubuhan Ekuinas, dana equiti swasta untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, dan sektor kewangan dan 27 sektor kecil telah diliberalisasikan, lebih banyak inisiatif sedang dirangka sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini.
Kerajaan juga akan menaik taraf kualiti sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan kepada semua pelajar dengan peruntukan kepada bahasa ibunda komuniti masing-masing menjadi antara langkah menangani sektor pendidikan dan perpaduan negara di bawah 1Malaysia.
Inisiatif lain termasuk mewujudkan sekolah asrama 1Malaysia dengan pelajar pelbagai kaum dan pemberian biasiswa kebangsaan mengikut merit untuk pengajian di universiti antarabangsa.
Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.
Ia juga dicadangkan supaya lebih ramai orang Cina dan India digalak menyertai perkhidmatan awam manakala pegawai Bumiputera yang berasal dari Sabah dan Sarawak akan dinaik taraf

Wednesday, June 9, 2010

ahli majlis pembandaran selayang kena penempar

Ahli Majlis Pembandaran Selayang kena sepak oleh sekumpulan pemuda yang kononnya adalah ahli Ngo Perkasa kerana memakai baju perkasa.Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai kaum yang sentiasa berbudi bahasa akan tetapi kalau dah tak tahu nak berbahasa dengan baik mana tak kena penyepak.Pepatah melayu pernah berkata ''Jangan dijolok sarang tebuan ''apa maksudnya .Lain kali berurusan dengan orang ramai sila gunakan bahasa yang baik,ini malaysia bukan usa.

Tuesday, May 4, 2010

porah

persidangan dun Pulau Pinang carca merba bila ketua pembangkang menyebut perkataan porah pun nak dijadikan isu murahan dalam persidangan dewan undangan pulau pinang.Sedangkan isu yang lebih penting seperti bantuan kepada warga miskin tidak tunaikan tidak mahu bertegang leher.Memang patut perkataan itu ditujukan kepada kerajaan Pulau Pinang

Tuesday, April 27, 2010

Hulu Selangor

Pertama kali saya ingin mengucapkan syukur kepada allah yang maha esa atas kemenangan Bn diPilihanraya Kecil Hulu Selangor dimana impak daripada index pengundi yang menyokong bn kita tahu hala tuju mereka.Apa yang kita nampak nak cakap kita 1 malaysia tak cakap kita sakit hati.Sebenarnya ada setengah rakan kita mulai takut terhadap perubahan minda generasi masakini.Kemelut ekonomi menyebabkan minda mereka yang selama ini tertutup terhadap perniagaan dengan cara terpaksa mereka terpaksa berubah.Perubahan ini yang menakutkan mereka kerana selama ini kerana sektor perniagaan yang selama ini diwarisi turun temurun mulai ditembusi oleh kaum lain kerana desakan ekonomi global.Terutama pekerja kilang yang semakin ramai hilang pekerjaan kerana sektor perkilangan mulai berubah arah kenegeri cina menjadikan mereka harus berdikari kerana fakto umur dan tahap pelajaran yang tidak memungkinkan.Jadi mereka beralih kepada bidang perniagaan.Bersambung..............

Sunday, April 25, 2010

syabas bn hulu selangor

BN tawan semula Hulu Selangor
P. Kamalanathan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) terdiri daripada Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Dr, Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon meraikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
HULU SELANGOR 25 April – Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.
Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru, di sini.
Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.
Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.
Turut meraikan kejayaan BN ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di dewan itu kira-kira pukul 9.10 malam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin komponen BN.
Berdasarkan kepada keseluruhan undi yang diterima daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di bawah Parlimen Hulu Selangor, dua daripadanya dimenangi oleh BN manakala satu lagi dimenangi oleh PKR.
BN menang di DUN Hulu Bernam dan Batang Kali tetapi tewas di Kuala Kubu Bahru yang pada pilihan raya umum lalu dimenangi oleh BN dengan majoriti 448 undi.
Bagaimanapun terdapat peningkatan ketara di kalangan pengundi Cina yang majoritinya berada di dalam DUN Kuala Kubu Bahru.
Kejayaan BN di Hulu Selangor, selain dilihat sebagai kebangkitan semula BN dalam usahanya merampas kembali pemerintahan di Selangor yang kini berada di bawah pakatan pembangkang yang diketuai oleh PKR, lebih penting daripada itu, pemimpin-pemimpin BN menyifatkan ia isyarat penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan Muhyiddin.
Sepanjang kempen berlangsung sejak 15 April lalu, kepimpinan BN terus berusaha meyakinkan pengundi-pengundi untuk menerima kembali parti itu di kawasan Parlimen berkenaan melalui penerapan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Kempen pembangkang yang terus memainkan isu syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) ternyata gagal mempengaruhi pengundi yang dilihat lebih mengutamakan isu-isu tempatan dan pembangunan.