Total Pageviews

Sunday, September 6, 2009

isu calun bagan pinang

isu panas dinegeri sembilan siapakah bakal calun dibagang pinang .paling penting bakal calun mestilah melihat kepada pilihan rakyat ,mesra rakyat dan disenangi oleh rakyat.Jangan disebabkan ada pangkat didalam parti tapi tidak dapat diterima oleh rakyat bila kalah jangan menunding jari kepada sesiapa.Kuasa pemilih adalah ditangan rakyat jangan sesekali kita lupa rakyat berkuasa mengubah keadaan kalau suara mereka tidak diambil kira.

Wednesday, September 2, 2009

KPI & NKRA

kpi(key performance indicator) & nkra(national key result area).NKRA terdiri dari 6 aras tanda
1-jenayah
*mengurangkan jenayah jalanan 20% pada penhujung 2010
*pasukan rela dikemaskinikan dan diberi latihan secukupnya
*CCTV ditambah untuk cegah jenayah
2-rasuah
*tender terbuka atau tender terhad semua perolehan kerajaan kecuali kes2 tertentu
*SPRM mempunyai bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
3-pendidikan
*semua kanak-kanak menguasi kemahiran membaca,menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012
4-taraf hidup rakyat
*kemiskinan tegar dihapuskan menjelang hujung 2010
*bermula 1 januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat dibayar pada 1 haribulan
*menjelang 2012 usahawan wanita yang kini 717 orang ditambah kepada 4,000 orang melalui Amanah Ikhtiar Malaysia
5-prasarana luar bandar
*menanbah kemudahan jalan bekalan air dan eletrik khususnya di Sabah dan Serawak.
*50,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar dibina dan dibaikpulih menjelang hujung 2012
6-pengangkutan awam
*jumlah penduduk Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam ditingkatkan dari 16 peratus kepada 25 peratus pada penghujung 2012.
*menjelang hujung 2012 tambahan 35 set 4-car train beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Sunday, August 23, 2009

syabas

RADZHI KHIANAT KEPADA PENGKHIANAT - Radzhi tak sama dengan Hassan Ali yang takut pada Liu dan DAP. Kata mantan ADUN PKR Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh, dia sanggup keluar dari PKR sebab t...

Tuesday, August 18, 2009

majlis faktwa malaysia mesti menjawap dakwaan nik aziz


Majlis Faktwa Kebangsaan Malaysia mesti memjawap apabila MB Kelantan mengeluarkan faktwa kononnya apabila kerana perjuangan politik yang berbeza sanggup menyatakan faktwa orang umno yang 1 ugama 1 pegangan akidah tauhid berpandu kepada quran dan hadis tidak akan masuk syurga kerana menjadi penyokong umno yang berjuang memerdekakan tanah melayu ini 52 tahun dahulu.Marilah kita sama-sama fikirkan.

PEJUANG KEMERDEKAAN BERKATA

Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan REMBAU DATO' SITI RAHMAH KASSIM(PEJUANG KEMERDEKAAN ): Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama. Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.
Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir. "Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.
Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim. Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan. "Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya. Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).
"Justeru, tidak mustahil Nik Abdul Aziz kerap dilihat memberi kenyataan yang berbaur hasutan untuk membolehkan beliau terus mengukuhkan tempatnya di dalam politik, selain untuk meruntuhkan sokongan dan kesepaduan di dalam Umno," katanya. Ibrahim juga berkata, Pas sudah menyimpang daripada perjuangannya apabila berebut-rebut untuk mendapatkan tempat serta kuasa menerusi platform politik. Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pula berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agama dalam perspektif politiknya kerana ia boleh mengelirukan orang lain, terutama umat Islam. "Pandangan Tok Guru (Nik Aziz) mengenai politik yang berkaitan dengan agama ada kalanya menyebabkan sesetengah pihak salah faham kerana beliau mempunyai perspektif tersendiri. Oleh itu, tidak sesuai untuk beliau terus biarkan dirinya berbuat demikian," katanya. Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin agama daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam. "Islam adalah untuk semua umatnya, tiada batasan mana-mana puak atau kaum, parti atau organisasi. Kenyataan Nik Abdul Aziz seolah-olah terlalu membahagi-bahagikan dan mengkelaskan Islam, semacam memberi laluan mudah kepada pengikut dan ahli Pas," katanya.

Tuesday, July 14, 2009