Total Pageviews

Sunday, April 18, 2010

jadilah kita mesra alam sekitar

Badan berbau2010/03/21
Masalah disebabkan bakteria, diet, hormon dan genetikMASALAH badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar? Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki. Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan. Ada juga kemungkinan dalam kes-kes yang lebih serius perubahan bau badan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut. Dari sudut perubatan, kelenjar peluh (apocrine glands) di bawah lengan dan di paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak selalu dirembeskan dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Ia menyebabkan bakteria menyerang sekali gus menghasilkan bau. Bau tidak menyenangkan bukan berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga. Jika bau busuk itu berlaku di kaki, umumnya ini kerana pemakaian kasut dan stokin yang menyebabkan peluh tersekat. Ini juga memudahkan bakteria memecahkannya kepada bahan-bahan yang menyebabkan bau. Kaki yang lembap juga berisiko untuk jangkitan fungus yang turut mencetuskan bau kurang selesa. Kerap kali juga bau badan dikaitkan dengan rejim kebersihan individu. Kurang mandi atau pemilihan fabrik pakaian yang salah memerangkap peluh. Apapun, bau badan umumnya mudah ditangani. Menggunakan sabun antibakteria atau pewangi badan, menggunakan baju daripada kain kapas misalnya, memudahkan penyerapan peluh. INFO: Tip tangani bau badan Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:
Daun sirih - Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.
Daun Beluntas (Pluchea Indica) - Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.
Daun Selasih (Ocimun Balisicum) - Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.
Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) - Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.
Limau purut - Dibuat ulam atau dilumur pada badan.

Thursday, March 4, 2010

berhati-hati bila makan roti yang tidak halal

Kepada semua warga Negeri Sembilan yang berugama islam supaya lebih berhati hati apabila hendak memakan roti terutama dikedai mamak supaya melihat dahulu tanda halal terutama yang diperbuat oleh pengusaha kedai cina kerana kebanyakannya tiada tanda logo halal.

Sunday, February 28, 2010

apakah sumbangan pakatan rakyat kepada rakyat

apakah sumbangan pakatan rakyat kepada rakyat asyik dok meminta tolong orang luar campur tangan hal ehwal politik Malaysia.Panggil Wakil Rakyat Australia supaya masuk campur kes Anuar Ibrahim .Panggil Yusof Qaradhawi supaya bagi pendapat supaya Anuar dibebaskan.Apakah mereka terdesak seperti mana Kelantan dok minta royaliti minyak dari kerajaan.Untuk Apa?Kebanyakan pemimpin pas dok cuba memlicinkan hutan diKelantan dan kawin 3,4 orang (sunnah nabi) rakyat dok ditahap lama,maklumlah kebanyak yang menetap disana orang tua nasib mereka kebanyaknya terabai.Tetapi rumah pemimpin pas semua banglo-banglo.Bilo masa rakyat nak dibela kot ikut ragam mereka ini yang mempunyai agenda peribadi mereka sendiri.DiKelantan anak muda tak ada peluang mendapat pekerjaan terpaksa merantau keluar dari Kelantan untuk mencari nafkah.Yang melompat dari bn kepembangkang kerana nak dapat royaliti minyak .Apakah jenis pemimpin ini?Kot Kuli nak menentang umno memang tak haran kerana dia juga yang menyebabkan umno dari halal jadi haram.Umno bersama kapal layar bergadai golok jual gelang emas ,gigi emas nak merdeka .Tak do pun molompat sana melompat sini.Kalau royaliti tu dekat negeri sembilan dia bersungguh nak bagi kepada rakyat negeri sembilan itu dia pemimpin rakyat sebenar.
Penjelasan Isu : Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan



Ditulis Oleh :

00:00 - 01.01.1970 >> Penjelasan Isu



Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumapai dalam negeri berkenaan.
1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?
Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.
2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.
4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?
Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?
Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.
6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?
Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.
7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.
Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.
Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).
Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.
8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?
Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.
Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

Tuesday, February 9, 2010

PERAK BAGAI SIRIH PULANG KE GANGANG

Zambry sah MB Perak
Oleh Khirul Bahri Basaruddinbhnews@bharian.com.my
ZAMBRY tersenyum selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mahkamah putus pelantikan ikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak setahun lalu adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTNP). Keputusan muktamad yang tidak boleh dirayu itu dibacakan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Allauddin Mohd Sheriff; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin; Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdul Hamid Embong. Mahkamah sebulat suara mendapati Zambry mendapat sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
innity_country = "MY";innity_path = "/201002_2271/9662/";innity_proxy = "proxy_12784";innity_ord = "ord=[timestamp]";
function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") (command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}
try{ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args);}catch(e){}
Mahkamah tertinggi di negara ini juga mendapati tidak ada sebarang peruntukan mengikut Perkara 16 (6) undang-undang tubuh yang mensyaratkan undi tidak percaya perlu diadakan terhadap Menteri Besar Perak melalui pengundian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). "Bukti mengenai kehilangan kepercayaan terhadap Menteri Besar boleh diambil daripada sumber lain yang ada. Kami berpendapat, sumber itu termasuk pengakuan menteri besar itu sendiri atau representasi yang dibuat Adun bahawa menteri besar berkenaan tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan," kata Arifin. Sebaik keputusan selesai dibacakan, peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham memberitahu mahkamah anak guamnya tidak mahu menuntut kos mahkamah kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan umum.
function ebStdBanner1_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") (command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[1].handleInteraction();}catch(e){}}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}
try{ebStdBanner1_DoFSCommand(command,args);}catch(e){}
MOHAMAD Nizar menunjukkan reaksi tidak berpuas hati sebaik keluar dari Kompleks Mahkamah, Putrajaya selepas mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Menteri Besar Perak yang sah, semalam.
Dalam penghakiman setebal 41 halaman itu, Arifin berkata, mahkamah mendapati mengikut Perkara 16 (6) UTNP, Mohammad Nizar yang sudah kehilangan sokongan majoriti diwajibkan meletak jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). "Oleh itu, kami bersetuju dengan Zambry bahawa keengganan Mohammad Nizar meletak jawatan seperti titah Sultan Perak bercanggah dengan peruntukan Perkara 16 (6). Mohammad Nizar tidak boleh terus memimpin kerajaan selepas kehilangan sokongan majoriti. Jika dibenarkan beliau terus menjadi Menteri Besar, ia bercanggah dengan prinsip asas demokrasi," katanya. Bagaimanapun, katanya, Mohammad Nizar masih mempunyai ruang untuk membawa undi tidak percaya terhadap Zambry di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mengemukakan representasi kepada Sultan jika beliau yakin Menteri Besar itu sudah kehilangan sokongan majoriti Adun. Kemelut politik Perak bermula apabila Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Adun Jelapang yang mewakili DAP, Hee Yit Foong mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Berikutan itu, Mohammad Nizar yang dilantik selepas kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, hilang jawatan selepas kejatuhan kerajaan pakatan itu pada 2 Februari 2008. Sultan Perak kemudian melantik Zambry sebagai Menteri Besar dan Mohammad Nizar yang tidak puas hati mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bahawa beliau Menteri Besar yang sah dan permohonan itu dibenarkan. Arifin yang membaca penghakiman itu lebih sejam, berkata mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mengentepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah adalah wajar. "Kami bersetuju hakim perbicaraan gagal menimbang keterangan di depan beliau. Oleh itu, kegagalan hakim itu perlu diperbetulkan dan tindakan Mahkamah Rayuan adalah tepat," katanya. Selain itu, katanya, mahkamah mendapati keputusan Sultan Perak meminta Mohammad Nizar meletak jawatan selepas beliau kehilangan sokongan majoriti adalah berlandaskan kuasa istimewa yang diperuntukkan Perlembagaan Negeri kepada baginda. Katanya, Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk perkenan atau menolak permohonan daripada Menteri Besar membubarkan DUN dan keputusan itu dibuat tanpa sebarang campur tangan Exco. Dalam prosiding semalam, Mohammad Nizar diwakili peguam Philip Koh Tong Ngee; Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah; Cheng Poh Heng peguam pemerhati Malaysian Bar dan BN diwakili Datuk Hafarizam Harun.

Monday, February 8, 2010

nizar pun dah pandai nak berkomplot dengan amerika

sebelum ini ingatkan anuar ibrahim sahaja yang bersengkokol dengan amerika tapi rupa selepas dato seri nizar accident rupanya telah mengakibat dari implikasi accident itu dia pun dah bersengkokol dengan amerika apabila baru baru ini dia mengadakan sidang taklimat tentang dasar-dasar perjuangan pas dan perkembangan isu-isu politik terkini diPerak dengan menjemput Wakil Duta Amerika Mr. Jeremy Nathan Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United Stated diKuala Lumpur.Inikah yang dikatakan parti islam yang menmertabatkan islam sedang amerika adalah kroni zoinis yang sedang cuba menghapuskan islam diPalastin.

Wednesday, January 27, 2010

subsidi minyak.
Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.
Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.
Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.
Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.
Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.
Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.
Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?Bagaiamana kualiti bas awam ?Bagaiamana kualiti teksi ?Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?Bagaimana tol boleh dihapuskan ?
Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.
Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.
Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.
Contoh dalam Belanjawan 2010 :
Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?
Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.
Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.
Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.
Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.
Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.
Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

Thursday, January 21, 2010

Ucap Perdana Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 Pada 19/01/2010
Kuala Lumpur, 19 Januari 2010 - Ucap Perdana Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 "Jasa Mendepani Cabaran" oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Hotel Grand Seasons. Turut serta di Perhimpunan tersebut ialah YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Joseph Salang, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia I. YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia II. YBhg Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA. Dalam Ucap Perdana tersebut, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, melayani pandangan kedua dan berhenti daripada melakukan perubahan dan pembaikan". Objektif perhimpunan tersebut adalah memperbaharui iltizam bagi memacu semangat kerja yang berganda, merancang strategik gerak kerja yang lebih tersusun, terarah serta merapatkan hubungan silaturrahim dan jaringan kerja dikalangan pegawai JASA.
Nyayian Lagu Negaraku, 1Malaysia dan Warisan pada Ucap Perdana Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 "Jasa Mendepani Cabaran" tersebut turut dinyayikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (tengah), YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA (kiri), YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia II (dua dari kiri), YB Dato' Joseph Salang, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia I (dua dari kanan) serta YBhg Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha KPKK (kanan) yang juga menyemarakan lagi semangat 1Malaysia pada perhimpunan tersebut. Foto: Muhammad Zulfadli Selamat.
Cenderamata Istimewa yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 "Jasa Mendepani Cabaran" yang turut disaksikan juga oleh YB Dato' Joseph Salang, Timbalan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia I dan YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA (kiri). Foto: Muhammad Zulfadli Selamat.
Seramai 1,000 pegawai JASA yang menghadiri Ucap Perdana Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 "Jasa Mendepani Cabaran" bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Foto: Muhammad Zulfadli Selamat.

Ucap Perdana Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 "Jasa Mendepani Cabaran" yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia